Monday, August 10, 2009

Kekeliruan dan Kehidupan

Pantaskah aku menangisi kesilapan semalam atau birakan saja ia terus berlalu?Ia bukan satu kesilapan tapi mungkin pengorbanan dan mungkin juga pilihan.Mungkin juga ketentuan Ilahi yang Maha Mengetahui Segalanya.Kekecewaan kerana sebahagian dari diriku yang sebenar terpaksa ku tinggalkan dan membina sebahagian diriku lagi dengan kehidupan lain dari sebelum ini.

Kalau dahulu aku suka membuat perkara berdasarkan pendapat ku sendiri,tapi sekarang harus 'bertindak mengikut ketetapan'.Sudah tentulah untuk menjadi seorang guru,tidak boih leh bertindak sesuka hati kerana guru merupakan role model bagi pelajarnya.Ku merasa segalanya terbatas di sini tidak seperti di IPT,kita lebih bebas.Hinggakan ada yang terbabas.Tak kurang juga yang berjaya.Bergantung atas individu masing-masing yang bijak menggunakan peluang dan kemudahan.

Suasana pembelajaran di sini sama seperti sekolah.Ada kelas,meja dan kerusi kayu.Tak kurang juga meja yang sedikit moden.Waktu rehat ditetapkan,selaras bagi semua pelajar, waktu kelas habis pun sama.Tapi bergantung.Sekiranya pensyarah tiada,kelas akan digantikan dengan subjek seterusnya.

Sukan seperti biasa.Persatuan pula seperti di sekolah menengah cuma di sini pelajar di didik untuk membuat kertas kerja,sama ada yang memegang jawatan ataupun tidak.Kelebihannya,aku terdedah kepada alam pekerjaan sebenar walaupun aku tidak mempunyai jawatan untuk disandang.

Hari pertamku disini,memang mengecewakanku kerana hostel di sini tidak mencukupi,jadi terpaksa berkongsi bilik yang sepatutnya untuk 2 orang sahaja.Dugaan..
Tapi at last ku dapat bilik yang sedikit selesa setelah kekosongan bilik.
Kemudahan di sini boleh di katakan sama seperti sekolah,bangunannya,pejabatnya dan kantinnya.

Perpustakaan terhad bukunya,dan kecil sama seperti sekolah.Mungkin kerana bilangan guru pelatih adalah tidak terlalu banyak.
Walaupun aku sebenarnya tidak suka untuk kembali ke alam persekolahan.
Namun aku harus terima keadaan di sini.
Dan pernah aku ponteng kelas pada minggu kedua disini kerana tidak mahu meneruskan kehidupan di sini.Tapi sampai sekarang ku masih disini.Sudah 30hari kudisini rupanya.
Rasa seperti baru sahaja...
Terus terang kukatakan,aku rindu kehidupan u dahulu.
Tapi aku tidak mahu menjadi manusia yang pentingkan diri sendiri..

Oh..tapi
tapi itu sungguh banyak.Aku cuba untuk belajar di sini tapi..mengapa hati ini?
Luarannya memang aku kelihatan ok dan aku boleh mengatasi keadaan di sini sikit demi sikit.Namun,hati ini seakan ..aku pun seolah kurang fokus untuk study..
But it must be something

Lima tahun aku akan berada di sini.Lima Tahun setengah bersamaan degree pendidikan.Di bumi Sarawk ini..
Rakanku
Keluargaku
Minatku

di semenanjung.
Suatu hari nanti aku akan berjumpa mereka kembali.

1 comment:

  1. hidup ni memang pilihan yg sukar utk dmengertikan ~
    " bole jadi apa yg kamu benci adalah yg baik bg kamu dan bole jadi ape yg kamu suka itu buruk bg kamu, Allah mengetahui dan kamu tidak mengetahui" al-baqarah :216

    saya juga harus menerima 'ketetapan' itu walau hati saya masih simpan impian lain~
    tp insyaAllah lame2 kt akan nmpk hasilnya.

    ReplyDelete