Tuesday, August 11, 2009

Jerebu + H1N1

Keadaan kat sini semakin hari semakin teruk.Ditambah lagi dengan jerebu.Sesak nafas sesekali semasa keluar pergi ke kelas.Di dalam bilik pun masih berbau asap sedikit.Pemandangan kabur macam ada kabus di pagi hari.Pergerakan terbatas.

Kesihatan harus dijaga tetapi udara memainkan peranan penting.Manusia yang terpaksa menanggung hasil daripada tindakan manusia sendiri.Pembakaran hutan di Kalimantan memberi kesan yang buruk kepada pihak sempadannya.Miri,boleh dikatakan dekat juga dengan Kalimantan mengikut peta.

Bekalan makanan berkurang,tapi untuk bergerak ke luar di tempat awam,amatlah merisaukan pada waktu sekarang ini.Virus H1N1 berleluasa di tambah pula cuaca jerebu.Cukup untuk menambahkan lagi perasa bagi virus Influenza A H1N1 ini.Pemakaian 'mask' di sini tidak dipraktikkan walaupun keadaan teruk.Di shopping complex,tidak sampai segelintir yang memakai 'mask'.Risiko semakin meningkat.

Hal kecil sebegini tidak diambil berat oleh orang ramai,tapi setiap benda kecil yang kita lakukan,akan mendatangkan satu kesan yang besar.Aktiviti luar tergendala disini seperti riadah ke pantai.Apakah masyarakat kita menganggap perkara ini satu perkara kecil?

No comments:

Post a Comment